METAFORA KUIH
Untuk lebih mudah difahami,mari kita lihat metafora ini. Katalah,melihat kuih… Kita boleh melihatnya dgn 4 pandangan.
· Pandangan Mata
Kita akan tahu apa nama kuih,warna & bentuknya. Itu pandangan mata biasa.
· Pandangan Akal
Pakar2 pembuat kuih memandang dgn penuh kajian & penelitian.Misalnya apakah kuih itu seimbang dari segi bahan2nya, mengadunnya & membakarnya.
· Pandangan Nafsu
Mereka ini x kisah langsung apakah bentuk,nama atau cara pembuatan kuih itu. Yg penting makan dulu. Yg dipentingkan hanya kesedapan & keseronokan.
· Pandangan Mata Hati
Kita seolah2 dpt melihat pembuat kuih tersebut. Katalah,anda berada di luar negara. Tiba musim Hari Raya,anda mendapat bungkusan kiriman dari kampung. Apabila bungkusan dibuka, ada kuih di dlmnya. Dgn x semena2 air mata anda mengalir. Apabila melihat kuih ,hati anda sedih. Kenapa? Ya,kerana anda melihat wajah ibu (pembuat kuih) di sebalik kuih itu. Anda terkenang kasih sayang, keperihatinan, kelembutan & segala2 yg baik drpd ibu anda. Pandangan itu menjangkau sesuatu yg lebih bererti, bukan sekadar tulang, daging & urat ibu kita tetapi yg lebih maknawi, yakni budi, kasih & sygnya.
Tanyakan hati kita, manakah pandangan yg lebih tepat & murni? Pastinya hati kita akan menjawab, itulah pandangan mata hati!
kuih bkn sebarang kuih....
BalasPadamperlu dilihat dari pelbagai pandangan...
ap2 pn,jaganlah ikut pandangan nafsu,ikutlah melalui pandangan mata hati...
(^_^)