Rabu, 23 September 2009

Lihatlah Sesuatu Perkara Dengan Mata Hati Nescaya Kamu Akan Melihat Yg Tersirat Di Sebalik Yg Tersurat

Alhamdulillah,akhirnya tercapai jugak niat aku nak berkongsi ilmu / idea yg jarang2 diutarakan? Kalau ada pun mungkin segelintir sahaja golongan minoriti yg membincangkannya. Yelah, asyik sibuk berpolitik, fitnah-memfitnah & asyik dgn budaya Hedonisme yg semakin ‘menggila’. Itulah realiti kehidupan akhir zaman. Ya,realiti memang menakutkan, menggerunkan tetapi itu bukan alasan utk kita ‘melarikan diri’. Yg penting bagaimana caranya kita ‘menghadapi & mengendali’ situasi akhir zaman. Lihatlah Sesuatu Perkara Dengan Mata Hati Nescaya Kamu Akan Melihat Yg Tersirat Di Sebalik Yg Tersurat. Pe benda mata hati tu? Kalau yg mata 2 bijik ni aku tau lah..itu pun selalu kantoi ‘tertengok’ benda2 yg x sepatutnya. Ok,korang akan perasan yg artikel2 yg aku post dlm blog ni lebih pada simbolik & mengajak korang berfikir, berfikir, & terus berfikir luar dr kebiasaannya. Kat sini aku cuba terangkan dgn ringkas tentang pandangan manusia. Sebab selepas ini semua artikel2 yg aku post ada ‘kaitan’ dgn post ni!! PANDANGAN ANDA TERHADAP DUNIA TAK AKAN SAMA SELEPAS INI, SETELAH SELESAI MEMBACANYA.

Sebenarnya, manusia memandang apa sahaja di dunia dgn 4 jenis pandangan:

· Pandangan Mata

Sifatnya selalu menipu. Cthnya, menerusi pandangan mata, kita melihat rel kereta api semakin jauh semakin menirus. Tetapi itu sebenarnya salah. Realitinya, rel itu tetap sama lurus. Ya, begitulah, ramai manusia yg tertipu dgn pandangan mata.

· Pandangan Akal

Sifatnya boleh tersalah. Zaman dahulu manusia percaya bentuk bumi adalah mendatar. Dunia ni ada hujungnya, yg mana jika sesiapa belayar sampai ke hujung dunia, dia akan terjatuh di penjuru itu. Akal bersifat terbatas, maka begitulah pandangannya, juga terbatas.

· Pandangan Nafsu

Sifatnya melulu dan selalu terbabas. Tak ada yg dilihat oleh nafsu melainkan peluang dan ruang utk melampiaskan kejahatannya. Sesuatu yg sudah cantik pd pandangan org lain dipandang sebagai buruk krn tak mengikut selera nafsunya.

· Pandangan Mata Hati

Ini adalah pandangan yg paling tepat dan hakiki. Hati pd asalnya adalah bersih dan baik. Apa saja yg dilihatnya akan sentiasa memberi kebaikan dgn syarat kebersihan dan kesucian hati itu terjaga.

(sumber: Majalah Solusi isu 9)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan