GUYZ, U ALL SHOULD BUY AND READ DIZ BOOK!!!
skip to main | skip to sidebar
Sepanjang Pembukaan Pesta Buku 2009
EFEST BOOK FAIR - UIA, 19 Julai - 24 Julai 2009, BOOTH HRP NO. B14 DI MAIN HALL of CULTURAL ACTIVITIES CENTRE (CAC), MASA: 9pg - 6ptg. -BOOKSTORE HIJJAZ RECORDS PUBLISHING. IQRA’ Bacalah! Di sinilah dunia baru buku anda. Membaca itu dituntut agama & membaca juga lambang budaya bangsa kita. Nantikan buku-buku terbitan kami di sana..
Cepat! Dapatkan buku pilihan anda secara terus dari lamanpenerbit ini
Dengan emailkan tempahan anda ke email penerbit lamanpenerbithrp@gmail.com dan bank in kan ke akaun (maybank) MOHD FAIZAL OSMAN No. 114271136034 setelah itu emailkan atau faxkan slip bukti bayaran ke no fax: 03-61408285 - Attn: penerbit hrp
-Pihak penerbit akan poskan buku-buku tempahan anda sehari (waktu bekerja) setelah bukti bayaran diterima. (Sebuah buku RM5.00 dikenakan untuk kos penghantaran pos express ke seluruh Malaysia. Singapore dan Brunei RM30 dikenakan. Perhatian! harga yang tertera di kulit buku tidak termasuk kos penghantaran).
Thursday, May 28, 2009
Membongkar Misteri DAJJAL


Di tangan anda adalah sebuah lagi karya ‘fantastik’ yang membicarakan perihal Dajjal hasil penulisan seorang penulis tempatan. Buku ini cuba menjawab sejauhmana kebenaran fakta Muhammad Isa Daud dan membongkar identiti Dajjal secara in-person. Buku ini akan membawa anda menyingkap rahsia dan misteri dunia yang selama ini terpendam tanpa jawaban, kaitannya dengan Dajjal serta menyelongkar rahsia di sebalik binaan misteri seperti Stonehenge, patung Terracotta dan banyak lagi.
Buku ini juga turut mengupas bagaimana Dajjal merancang konspirasi kemunculannya dalam
mencetus Perang Dunia ke-3 dan huru-hara dunia, dengan menggerakkan proksi-proksinya yang terdiri dari Freemasons, Illuminati dan secret society. Di sini dibicarakan fakta yang belum pernah anda ketemui dan dikupas secara tuntas.
Huraian asas disusun berdasarkan rujukan buku ‘Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Akhir Zaman’ karangan Imam Ibnu Kathir (terbitan Darul Fajr yang disemak oleh Ybhg. Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz) dan ‘Kisah Dajjal Dan Turunnya Nabi Isa Membunuhnya” karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Bani dengan menampilkan hadith-hadith Dajjal yang mutawatir. Bersama puluhan rujukan lain dikemukakan bagi membuktikan bahawa misteri dunia adalah illusi bikinan Dajjal.
Di akhir buku ini, penulis menggariskan persediaan asas bagi menghadapi fitnah terdahsyat yang disebutkan oleh Nabi ShallalLahu ‘alaihi wa sallam. Umat Islam perlu mengetahui betapa bahayanya fitnah Dajjal dan umat Islam tidak harus tertipu, bahkan perlu bersedia dengan mempergiatkan amal Islami, memperkukuhkan jatidiri iman dan menerbitkan rasa ihsan.
Ringkasnya, jangan terlalu mengambil mudah dan berasa kuat untuk menghadapai fitnah Dajjal. Tunggu sehingga anda habis membaca buku ini dahulu. Baru anda akan tahu betapa kita sebenarnya sudah dilingkungi fitnah Dajjal. Pandangan anda terhadap dunia tidak akan sama selepas ini, setelah selesai membacanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan